Rabu, 13 Februari 2013

Pengunguman

Kepada semua Rakan Niaga yg di hormati, kami memohon maaf pada ketika ini pasaran produk kami terpaksa di hentikan berikutan kehabisan stok mentah iaitu bekalan ikan sungai.

       Walau bagaimanapun pihak kami akan membekalkan semula secepat mungkin produk pekasam power 181 ini setelah masalah ini selesai.

       Kepada sesiapa yg masih berminat untuk membeli produk kami bolehlah memberi keterangan untuk pihak kami hubungi sekiranya produk kembali dipasaran kelak.

Sukacita pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih.

Rabu, 18 Julai 2012

Bagi menambah rasa dan aroma Ikan Pekasam Power 181

Bahan-bahan

- Sebungkus Ikan Pekasam Power 181
- 1 labu bawang besar di potong nipis
- 1 ulas bawang putih di potong nipis
- cili padi - (mengikut citarasa) - dipotong pendek
- Sehelai daun kunyit di hiris halus
- beberapa potong limau nipis

Cara-cara

Panaskan sedikit minyak dan goreng dulu ikan pekasam. Apabila ikan agak-agak nak masak, masukkan bawang besar, bawang putih, cili padi dan daun kunyit. Goreng sekali dengan ikan hingga kekuningan. Sesudah masak angkat dan letak di dalam pinggan. Perah limau nipis ke atas hidangan pekasam tadi. Makan dengan nasi yang masih panas.


Selamat menjamu selera!

Selasa, 17 Julai 2012

Bagaimana hendak mendapatkan produk berkualiti kami.

Untuk mendapatkan produk Pekasam Power 181, anda boleh membeli di kedai- kedai sekitar Bandar Temerloh atau disekitar daerah berhampiran yang memasarkan produk ini.

Bagi yang berada di luar kawasan kawasan, anda juga berpeluang mendapatkan produk kami melalui pesanan Online atau SMS dengan menempah terus kepada kami. Produk akan dihantar melalui Penghantaran Pos tepat pada masanya.

Jika berhasrat untuk menjadi pengedar produk Pekasam Power 181, anda juga diberi keutamaan dengan harga pukal yang pasti menguntungkan.

Untuk keterangan lanjut anda boleh mengemukakan pertanyaan dan komen dibahagian yang disediakan dalam blog ini.

Anda juga boleh menghubungi kami di talian 017 937 6413 atau 013 953 3290 untuk berhubung dengan pegawai pemasaran kami.


Kami adalah Pembuat/Pembekal Produk Pekasam Ikan Sungai yang berkualiti tinggi.

Berpusat di Bandar Temerloh Pahang, Kami telah beroperasi lebih dua tahun secara kecilan dengan memasarkan produk Ikan Pekasam ke kedai runcit sekitar kawasan Temerloh dan daerah berdekatan. Dengan adanya permintaan tinggi di kawasan luar daerah kami berhasrat ingin memasarkan produk Ikan Pekasam Power 181 ke peringkat global dengan adanya sokongan jaringan teknologi maklumat terkini. Dengan usaha ini kami berharap dapat meperkenalkan produk kami dengan lebih luas lagi.